Tuesday, September 20, 2016

AIRBNB - Apps carian Homestay sedunia

Airbnb ialah satu apps. Konsepnya seperti Grabcar atau Trivago, cuma kegunaan Airbnb ialah untuk cari kediamanan ala homestay. Kegunaan lebih luas untuk cari kediaman satu dunia. 



Pengalaman pertama, guna Airbnb untuk cari penginapan masa cuti sekolah di Johor Bahru pada 16 September 2016. Tidak mengecewakan! Dapat condo tingkat 36 di Danga Bay. 2 bilik dengan dapur lengkap, air cond sepenuhnya dengan harga cuma Lebih kurang RM200 semalam. Muat untuk 7 orang. 





Kediaman ini tidak ada tv dan mesin basuh.





Macam mana boleh dapat harga murah macam ni? Berbeza dengan hotel, tidak ada penyambut tetamu, tidak ada penghantar bag dan tidak ada 'room service' untuk mengemas bilik setiap hari. Menempah menggunakan AIRBNB bermaksud kita akan ambil kunci di tempat tertentu. Tidak ada orang yang sambut dengan senyuman!



Tak ada masalah bagi saya sebab nak pegi berjalan dan cari tempat tidur sahaja.